Syawal menjelang lagi...
sedang org lain sibuk bercerita pasal hari raya, sibuk bersiap utk balik kg..
...bagi aku hari raya adalah sama shj seperti hari2 yang lain. Semangat utk berhari raya sudah lama lupus dlm ingatan, tidak seperti dulu smbutan rayaku amat bermakna sekali.
....tapi kenapa tiba2 bila melihat adik kesayanganku Amirul Nqb yg begitu gembira utk pulang ke kg. berjumpa familynya, tiba2 hati aku terusik dan ia telah mengingatkan aku saat2 indah berhari raya bersama ibu tersayang 15 tahun yg lalu..menyingkap kembali kenangan itu, tiba2 hati aku jadi sayu, dan tanpa aku sedar air mata mengalir tanpa dipaksa. dah lama aku x merasa sedih mcm ni, padahal sebelum ni pun aku dah biasa beraya di perantauan.
Kalau ikutkan boleh aje aku drive bersama putera dan puteriku balik kg. tapi bila mengenangkan hubbyku yg terpaksa bertugas di hari raya ni membuatkan aku serba salah. Ahli keluargaku di kampung memng mengharapkan aku pulang..tapi aku lebih suka ambil keputusan utk tidak balik. Kalau balik pun sama juga..tiada seri hari raya tanpa ibu tersayang.
Dulu, masa ibu ada..aku x pernah x balik, walau pun hubby aku x cuti, dia akan menghantar dan menjemput aku, rasanya mau banjir KL kalau aku x balik raya..tapi sekarang x lagi, aku dah biasa menyambut raya di KL..kalau dulu aku akan mgambil cuti seminggu awal..nak tolong mak masak dan mengemas rumah..malam raya paling best..bila adik beradik dpat berkumpul..walaupun aku 3 baradik je, suasana jadi meriah sebab mak suka buat kecoh dn sporting, kalut semacam. sibuk buat apa sje, sebut je nak mkan ape, semua dibuatnya..dlm family aku yg bongsu, dn paling dimanjai abg dn kakak pun, mak x yah crite lah..aku ditatang bagai minyak yg penuh. Bila dia tiada aku amat terasa akan kehilangannya, bagai hancur dunia ni tnpa nya, nak tak nak aku kena terima hakikat bahawa hidup perlu diteruskan.
Tak mungkin akan ada lagi sambutan syawal seperti dulu..
Alhamdulillah aku masih lagi dikelilingi oleh org2 yang sentiasa mengambil berat dan menyanyangi diri ini...Insyaallah..
